Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

Ardentedu



Muhammad Munzir tengah teropong apa tue?


Belajar buat bisnes mungkin boleh dalam kursus-kursus MBA ataupun menghadiri seminar-seminar dan kursus usahawan. Tapi belajar melalui pengalaman adalah guru yang terbaik. Alhamdulillah aku telah dapat belajar melalui pengalaman.

Tak semudah yang disangka. Segalanya bermula dengan begitu pantas. Dua orang yang bertanggungjawab mengheret aku ke alam berdikari ini ialah Bal dan Alif. Aku tak kenal Alif, tapi aku kenal Bal. Justifikasi keputusan yang aku ambil ialah

  1. Aku kenal siapa Bal
  2. Aku memang suka lawan arus
  3. Aku tak suka makan gaji
  4. Aku tak suka tersepit dalam traffic jam
  5. Aku saje-saje suka nak try
  6. Istikharah
Aku tahu risiko yang bakal aku hadapi. Walaupun demikian aku percaya yang modal bisnes yang bakal kami jalankan mampu untuk bertahan lama, ditambah dengan 3 perkara yang tentu sekali boleh diusahakan. Rujuk entry yang lalu apa 3 perkara itu.

Mac 2007 - Mei 2007 : Adalah waktu perit bagi sesiapa sahaja yang baru memulakan bisnes. Bagi aku still ok sebab aku biasa hidup dalam keadaan perit. Aku, isteri dan Muhammad masih tinggal dengan keluarga aku di Bukit Jalil.

Mei 2007 - November 2007 : Keperitan itu sudah mula beransur pulih. Alhamdulillah dengan tidak diduga, Allah mencampakkan secebis dari khazanahnya yang Maha Luas. Dapat projek di pantai timur. Banyak yang berlaku dalam tempoh ini. Oktober kami berpindah ke rumah sewa di Rawang. Seronok dapat menjalani kehidupan sendiri walaupun keadaan tidak berapa selesa. Still bagi aku tiada apa2 yang kurangnya. Yang penting aku dapat banyak masa dengan keluarga. Macam2 benda berlaku sepanjang tempoh ini. Walaupun demikian bisnes masih tidak berapa stabil. Sehingga satu tahap nak balik kampung atuk aku kt Parit Buntar pon aku terpaksa pinjam duit orang. Aku mmg sangat2 menghargai semua pengorbanan isteri dan anak aku yang belum tahu apa2. 

November 2007 - Desember 2007 : Alhamdulillah kami mendapat bayaran hasil dari kerja ynag kami jalankan. Bayaran dapat lewat sedikit dari hari raya puasa. Tak apa. Hasil dari bayaran tersebut dapatlah aku beli kelengkapan rumah serba sedikit serta membayar hutang kawan2. Dan duit tersbut tidaklah aku dan Bal makan sepenuhnya, kami laburkan utk masuk ke ruang ofis baru dan kelengkapannya serta buat persiapan untuk projek tahun 2008, sementelah sudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan projek untuk tahun 2008.

Januari - April 2008 : Keadaan agak mendesak jugak masa ini. Projek dah jalan, duit dah habis banyak sampai terpaksa hutang kawan2 (satu kali tu mencecah RM 10k aku hutang kawan2), tapi payment tak dapat2. Dalam masa yang sama aku hadiri dua interview besar dengan Petronas dan JPA (PTD). Dapat kedua2nya sekali. Tak boleh nak bayang macam mana dilemanya aku masa tu..............Allah sahaja yang tahu. Dengan segala asakan kiri dan kanan supaya meninggalkan Ardentedu utk amik offer Pet dan PTD, fuh...tak leh nak bayang........memang aku pressure gile masa tu........huarghhhh........dikenang2 mmg kalu ikut perangai aku masa sekolah dulu, mmg pecah pintu aku sepak.....pulak offer2 tu datang time payment tak masuk lagik.......fuh lagik la kuat dianya TEKANAN tu

Tapi alhamdulillah........segala puji bagi Allah......segalanya reda seketika apabila payment utk projek tu dapat......dapatla aku bayar hutang member2 sikit2....(ada lagi baki hutang RM seribu lebih lagi ni).....dapatlah aku pindah dekat sket dgn tempat kerja....dapatlah shopping kt IKEA Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah...kekekek.........dan macam2 lagi......

Memang kalu difikir2 mcm tak masuk akal logik....tapi Perancangan Allah mengatasi segalanya........

July 31 st . Muhammad Ibrahim pulak lahir...hehehe







0 Comments:

Post a Comment