Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

Hidop dengan cabaran dan dugaan

Dah lama tidak menulis apa2 dalam blog yang satu ini. Blog yang bermula sejak tahun 2002 ini yang sebahagian besar entrynya telah disembunyikan bagi menjaga keharmoniaan dunia internet dan mayapada.

Hari ini nak buat catatan ringkas tentang apa yang berlegar dalam pala hotak aku

Sila baca siapa Syed Qutb di Tranungkite.net.............sudah terang lagi bersuluh. Harap2lah mereka yang masih terikut2 dengan fahaman org2 ikhwan ni berubah kepada fahaman2 yang betul,tepat lagi syarie!

Ujian hidup
Masa depan yang tidak pasti,sakit,rugi,hati tidak tenang,marah dan banyak lagiii..........moga sentiasa ada sinar di hujung jalan.......hidup tidak indah tanpa ujian....hidup tidak manis tanpa rintihan didepan Allah....

Progress bisnes
rujuk
www.ardentedu.com
www.mathmile.com
www.eksplorasisains.com

Projek di Teganu
Macam kena cantas aje dengan orang2 yang beli kereta Merc tuuu.....semoga Allah memberikan kami projek yang lebih baik

Kemurungan Iman
yap......rohani semakin lemah......................................................................................................................................................


tak reti2 nak bertaubat ke!!!

Aku yang sejuk


Ada jemaah datang..tapi aku buat acuh tak acuh....adakah ini tanda kesejukan mula melanda diriku? Malu pada Allah atau pada makhluk?

Bukan senang nak berdiri teguh atas jalan ini...tambahan pula aku memang sedang dalam fasa kehidupan yang sangat mencabar, ramai orang tidak mengerti..tapi aku mahu buktikan pada mereka,insyaAllah kami akan berjaya....

Memulakan, maju dan bertahan dalam perniagaan adalah tiga fasa penting dunia bisnes

Memulakan adalah perkara yang sangat perit.....tanpa pinjaman (x nak terlibat dgn riba), network yang kukuh (sebab hampir semua partners belajar oversea) dan cetek pengalaman benar² menguji dayatahan kami...especially aku yang tanpa bekerja makan gaji terus terjun buat bisnes...



Maju pula adalah kesinambungan kesusahan tadi......sekiranya kesusahan dan kepayahan itu berjaya diatasi dan dilalui dengan jayanya, dengan izin Allah pasti kemajuan akan tiba

Bertahan adalah cerita kami pada 5 tahun akan datang..............

Mesir-Jerman-Indonesia-Turki

Aku dah lama tak tulis entry begini dan aku pon dah lama tak baca novel yang panjang². Aku tengok isteri aku satu hari baca novel ni, aku jenguk-jenguk saja. Aku belek helaian², ternyata ada satu dua benda yang buat aku terus baca novel ini.....

Sind Sie Herr Fahri?
Ja mein Name ist Fahri

Mein Name ist Aisha.

Inilah atr satu keistimewaan novel ini...gabungan budaya,resam dan kepercayaan diolah sebegitu rupa. Bagi aku walaupun mainstream akan kata, tema cinta islamik merupakan tunjang novel ini; tapi aku lebih suka menilai dari sudut kepelbagaian budaya,resam dan kepercayaan yang cuba ditonjolkan dalam banyak bab novel Ayat Ayat Cinta ini.

Lalu ia membawa aku jauh menelusuri 5 tahun kebelakang....Deutschland wird immer in meiner Gedanke.



Bolehlah kalu nak layan2 jiwang...tapi awas percintaan sebegini hanya wujud di alam imiginasi......

2008

Terlalu banyak........
Untuk ku renung kembali dalam diri
Pengalaman lepas, kini dan hadapan
Buruk Pahit Manis Baik

Alhamdulillah setelah berhempas pulas dan bekerja keras (la jugak), akhirnya kini segalanya menjadi kenyataan. Kami (baca aku dan bal) berjaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad yang bernama Ardent Educational Consultants Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang menkhususkan dalam bidang konsultansi pendidikan. Ada banyak konsultansi (baca konsultansi latihan dan motivasi)di Malaysia, dari yang tersohor hinggalah yang picisan;tapi AEC sangat berlainan. Kami tidak buat motivasi!. Dan kami adalah syarikat konsultansi pendidikan yang pertama menjalankan latihan dan konsultansi khusus dalam bidang matematik. AEC menumpukan kepada pembinaan karekter pelajar dan sikap mereka terhadap matematik, bagaimana matematik mampu menjadi matapelajaran yang seronok.



Tentang AEC boleh masuk blog aku yang lain...disini iznan@elearning

Muhammad Munzir dah setahun setengah.....cool.....orang rumah dah berbadan dua semula...lagi cool kan.....dan yang lebih mengkoolkan hidup...aku tidak makan gaji sejak balik dari German hari itu. :)

Kerja keluar pokol 9 balik kol 5.30...by maghrib dah ada di rumah

Kereta tak tukar lagi..orang selalu tanya...aik dah ada bisnes...kereta bila nak tukar...soalan yang mangkuk....ada ke ingat kalau dah ada bisnes baru 6-7 bulan dah boleh pakai kereta baru....tahun depan laaa......paling cepat pon bulan lima ni,,...insyaAllah....ada rezeki tu
adalah.....

lagi apa ya......oh rumah...aku masih menyewa........insyaAllah hujung tahun 2008 ni bolehlah nak cari-cari rumah baru...perpindahan ke lokasi baru ini perlu selari dengan rancangan nak kembangkan lagi perniagaan......

ok..bermula minggu depan....aku akan cerita serba sedikit cara-cara nak mula bisnes.....dari nak daftar berniaga hinggalah nak bina network....aku dan bal akan kongsi segalanya.....
from zero to one million