Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

2008

Terlalu banyak........
Untuk ku renung kembali dalam diri
Pengalaman lepas, kini dan hadapan
Buruk Pahit Manis Baik

Alhamdulillah setelah berhempas pulas dan bekerja keras (la jugak), akhirnya kini segalanya menjadi kenyataan. Kami (baca aku dan bal) berjaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad yang bernama Ardent Educational Consultants Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang menkhususkan dalam bidang konsultansi pendidikan. Ada banyak konsultansi (baca konsultansi latihan dan motivasi)di Malaysia, dari yang tersohor hinggalah yang picisan;tapi AEC sangat berlainan. Kami tidak buat motivasi!. Dan kami adalah syarikat konsultansi pendidikan yang pertama menjalankan latihan dan konsultansi khusus dalam bidang matematik. AEC menumpukan kepada pembinaan karekter pelajar dan sikap mereka terhadap matematik, bagaimana matematik mampu menjadi matapelajaran yang seronok.



Tentang AEC boleh masuk blog aku yang lain...disini iznan@elearning

Muhammad Munzir dah setahun setengah.....cool.....orang rumah dah berbadan dua semula...lagi cool kan.....dan yang lebih mengkoolkan hidup...aku tidak makan gaji sejak balik dari German hari itu. :)

Kerja keluar pokol 9 balik kol 5.30...by maghrib dah ada di rumah

Kereta tak tukar lagi..orang selalu tanya...aik dah ada bisnes...kereta bila nak tukar...soalan yang mangkuk....ada ke ingat kalau dah ada bisnes baru 6-7 bulan dah boleh pakai kereta baru....tahun depan laaa......paling cepat pon bulan lima ni,,...insyaAllah....ada rezeki tu
adalah.....

lagi apa ya......oh rumah...aku masih menyewa........insyaAllah hujung tahun 2008 ni bolehlah nak cari-cari rumah baru...perpindahan ke lokasi baru ini perlu selari dengan rancangan nak kembangkan lagi perniagaan......

ok..bermula minggu depan....aku akan cerita serba sedikit cara-cara nak mula bisnes.....dari nak daftar berniaga hinggalah nak bina network....aku dan bal akan kongsi segalanya.....
from zero to one million

0 Comments:

Post a Comment