Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

Tingkatkan amal, banyakkan ikram, panjatkan doa

Ya betul. Itulah tiga pesanan orang2 lama sejak dari zaman Rasulullah saw sehinggalah ke zaman kita ini. Murabbi2 dakwah sentiasa tekankan tiga perkara ini. Nabi saw sendiri apabila sahabat datang mengadu hal, baginda akan suruh para sahabat tersebut kembali pada amal agama. Apakah amal yang telah berkurangan dan apa pula yang perlu dibuat atau ditambah. Tuan2 dan Puan2 sendiri susah byk kali mendengar akan pelbagai kisah berkenaan perkara ini. Antara kisah paling masyhur ialah ketika puteri baginda saw sendiri iaitu Saiditina Fathimah rha yang sekali telah datang pada Baginda untuk memohon seorang pembantu rumah. Semua sedia maklum akan kesebokan Saidina Ali krw iaitu suami Saiditina Fathimah rha yang sentiasa tidak putus2 menyambut pelbagai takaza agama. Sehinggakan segala kerja rumah terpaksa dilakukan olehnya. Sehingga berbirat2 dada Saiditina Fathimah akibat bekas membawa air dari wadi.

Dipendekkan cerita apabila beliau datang pada Rasul saw utk memohon jariah, Baginda sedang sebok menguruskan satu hal. Beliau menjadi malu dan pulang begitu sahaja. Satu hari yang lain Baginda saw sendiri telah menemui beliau dan bertanyakan apa hajatnya.

Maka diberitahu segala ehwal dan Rasul saw seperti biasa akan mendahulukan amal dari asbab. Baginda telah mengijazahkan kpd beliau apa yang kita sebut hari ini Tasbih Fathimah, supaya beliau amalkan tiap2 hari sebelum tidur. 33 x Subhannallah 33 x Alhamdulillah dan 34 x Allahuakbar. Fadhilatnya ialah sama dengan kekuatan seorang hamba Arab.

Begitu juga Rasul saw bersabda bahawa sebaik2 lelaki dari kalangan umatku ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling baik dan yang paling berlaku baik kepada isteri2 mereka. Walaupun dalam usul fiqh kedudukan suami begitu tinggi, sehinggakan Rasul saw bersabda sekiranya dibenarkan manusia ini sujud, akan ku suruh para isteri sujud pada suami mereka; namun Baginda saw tidak pernah mengabaikan ikram. Pernah sekali timbul perasaan cemburu di kalangan isteri2 baginda. Baginda saw cepat2 mengambil tindakan untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga Baginda saw. Baginda telah memberitahu bahawa sesiapa yang mendapat hadiah dari baginda, maka dialah yang paling Baginda paling sayang. Pada suatu malam Baginda telah pergi ke setiap rumah isteri Baginda dan memberi hadiah. Baginda berpesan agar merahsiakan perkara tersebut. Maka semua isteri Baginda saw berasa mereka lah yang paling disayangi oleh Baginda saw.
Rasul Mustafa saw adalah lelaki yang paling baik dan lebut jiwanya. Baginda sendiri walaupun kadangkala berasa kecil hati dengan tindak tanduk isteri2nya yang mungkin ada tidak menyenanngkan baginda, namun tidak pernah memarahi isteri2nya malah Baginda pula yang berdukacita sehingga para sahabat2 besar turut berdukacita.

Dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kerana Allah lah yang memberi masalah dan pada Allah jualah segala penyelesaian. Dan sifat seorang yang ingin dirinya hampir kepada ALlah ialah dia sentiasa tidak berputus asa dalam membaiki dirinya baik dari segi akhlaknya, amalnya dan pengharapannya kepada ALlah. Apa jua masalah yang timbul, ianya berpunca dari kurangnya amal, rendahnya akhlak dan jauhnya kita dari Allah. Harapan saya dan kita semua sepatutnya bulat hanya kepada Allah. Masalah dari manusia kecil sahaja berbanding masalah di akhirat nanti.

Segala masalah adalah peringatan dari ALlah buat saya dan kita supaya meningkatkan amal, membaiki akhlak dan membulatkan tawakal kita kepada ALlah.

Saya yakin dengan penuh pasti segala janji ALlah buat mereka yang bertaqwa, berjuang dan ikhlas dalam segala tindakannya.

Mungkin masih banyak amal saya yang korup dan kotor.

Seperti mana setiap Ramadhan tahun2 terdahulu, Ramadhan kali ini saya berazam dengan penuh sungguh2, agar diri saya dapat kembali kepada segala bentuk kebaikan yang pernah saya buat dahulu atau yang telah saya tinggalkan.

Kalau dulu sangat mudah untuk bermunajat sambil nangis2 di malam hari, tapi kini sangat susah nak keluarkan walau setitis air mata.

 My face during the most lonely Ramadhan 1426 in Lorch, Germany.

Moga Allah permudahkan!!

0 Comments:

Post a Comment