Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

Memori lama, jazbah dan pengorbanan

Aku baru balik dari semesti......entry ini ditulis dengan penuh rasa kesyukuran dan rasa rendah diri sertakehinaan....betapa kehebatan Allah swt itu tiada batasan, betapa kerahiman, kasih sayang dan nikmat dari Allah itu tidak mengenal sesiapa. Agama, amal agama dna hidayah untuk mengamalkan agama adalah nikmat yang paling mulia dan terpenting sekali dalam kehidupan hakiki setiap manusia. Didalam agama dan amal agama itulah terselit usaha untuk menyebarkan kedua-dua perkara tersebut.

Kalau aku dtg SEMESTI, aku tak berapa suka menjenguk asrama apatah lagi masuk ke dalam surau blok C.....tapi tempoh hari aku rasa rindu akan suasana itu....kerana aku terasa bercampur baur antara gembira dan sedih, sebak dan terharu......

Aku selak buku2 mesyuarat dan fikir harian yang lama2...air mata aku terasa nak mengalir......aku tengok depan dan belakang surau blok c tersebut.....aku tengok atas dan bawahnya.....aku tengok diri aku sendiri..............11 tahun berlalu dengan pantas....


Sungguh jauh kehidupan pada masa tersebut dengan masa kini.....terasa jauh dari nusrah dan bantuan Allah swt......dulu berkat pengorbanan yang walaupun sedikit tapi bersungguh-sungguh itu....acapkali doa dipanjatkan pasti aku tidak akan berasa hampa...hajat-hajat duniawi yang dipinta dulu perlahan-lahan dikabulkan....dulu terasa kemanisan dalam setiap amal......dulu jazbah sentiasa tinggi.....

Allahumma dihni.....

0 Comments:

Post a Comment