Site Network: Home | My Company | My Official Blog | About

Nasib atau takdir?

Bila kaya berharta dipuji disayangi

Bila miskin papa dihina dibenci
Manusia tidak mengenang budi
Untung nasib hidup duniawi

Bila senang lapang mudah didekati
Bila susah sempit semuanya lari
Lazim takdir tiada yang mengerti
Rugi ukhrawi minta dijauhi

Manusia ada yang lupa asal diri
Asalnya hina, kotor dan keji
Diberi agama agar darjat diperbaiki
Diberi akal buat meningkat kendiri

Lalu takdir diputuskan oleh Ilahi
Buat pembukti kebenaran yang hakiki
Untuk menghibur hati yang suci
Menahan tohmahan dan caci selama ini

Syukur, taubat dipanjatkan di malam sepi
Untuk mencuci sakit yang tidak terperi
Agar roh dan jiwa sentiasa menjadi 




Ya betul. Itulah tiga pesanan orang2 lama sejak dari zaman Rasulullah saw sehinggalah ke zaman kita ini. Murabbi2 dakwah sentiasa tekankan tiga perkara ini. Nabi saw sendiri apabila sahabat datang mengadu hal, baginda akan suruh para sahabat tersebut kembali pada amal agama. Apakah amal yang telah berkurangan dan apa pula yang perlu dibuat atau ditambah. Tuan2 dan Puan2 sendiri susah byk kali mendengar akan pelbagai kisah berkenaan perkara ini. Antara kisah paling masyhur ialah ketika puteri baginda saw sendiri iaitu Saiditina Fathimah rha yang sekali telah datang pada Baginda untuk memohon seorang pembantu rumah. Semua sedia maklum akan kesebokan Saidina Ali krw iaitu suami Saiditina Fathimah rha yang sentiasa tidak putus2 menyambut pelbagai takaza agama. Sehinggakan segala kerja rumah terpaksa dilakukan olehnya. Sehingga berbirat2 dada Saiditina Fathimah akibat bekas membawa air dari wadi.

Dipendekkan cerita apabila beliau datang pada Rasul saw utk memohon jariah, Baginda sedang sebok menguruskan satu hal. Beliau menjadi malu dan pulang begitu sahaja. Satu hari yang lain Baginda saw sendiri telah menemui beliau dan bertanyakan apa hajatnya.

Maka diberitahu segala ehwal dan Rasul saw seperti biasa akan mendahulukan amal dari asbab. Baginda telah mengijazahkan kpd beliau apa yang kita sebut hari ini Tasbih Fathimah, supaya beliau amalkan tiap2 hari sebelum tidur. 33 x Subhannallah 33 x Alhamdulillah dan 34 x Allahuakbar. Fadhilatnya ialah sama dengan kekuatan seorang hamba Arab.

Begitu juga Rasul saw bersabda bahawa sebaik2 lelaki dari kalangan umatku ialah mereka yang mempunyai akhlak yang paling baik dan yang paling berlaku baik kepada isteri2 mereka. Walaupun dalam usul fiqh kedudukan suami begitu tinggi, sehinggakan Rasul saw bersabda sekiranya dibenarkan manusia ini sujud, akan ku suruh para isteri sujud pada suami mereka; namun Baginda saw tidak pernah mengabaikan ikram. Pernah sekali timbul perasaan cemburu di kalangan isteri2 baginda. Baginda saw cepat2 mengambil tindakan untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga Baginda saw. Baginda telah memberitahu bahawa sesiapa yang mendapat hadiah dari baginda, maka dialah yang paling Baginda paling sayang. Pada suatu malam Baginda telah pergi ke setiap rumah isteri Baginda dan memberi hadiah. Baginda berpesan agar merahsiakan perkara tersebut. Maka semua isteri Baginda saw berasa mereka lah yang paling disayangi oleh Baginda saw.
Rasul Mustafa saw adalah lelaki yang paling baik dan lebut jiwanya. Baginda sendiri walaupun kadangkala berasa kecil hati dengan tindak tanduk isteri2nya yang mungkin ada tidak menyenanngkan baginda, namun tidak pernah memarahi isteri2nya malah Baginda pula yang berdukacita sehingga para sahabat2 besar turut berdukacita.

Dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kerana Allah lah yang memberi masalah dan pada Allah jualah segala penyelesaian. Dan sifat seorang yang ingin dirinya hampir kepada ALlah ialah dia sentiasa tidak berputus asa dalam membaiki dirinya baik dari segi akhlaknya, amalnya dan pengharapannya kepada ALlah. Apa jua masalah yang timbul, ianya berpunca dari kurangnya amal, rendahnya akhlak dan jauhnya kita dari Allah. Harapan saya dan kita semua sepatutnya bulat hanya kepada Allah. Masalah dari manusia kecil sahaja berbanding masalah di akhirat nanti.

Segala masalah adalah peringatan dari ALlah buat saya dan kita supaya meningkatkan amal, membaiki akhlak dan membulatkan tawakal kita kepada ALlah.

Saya yakin dengan penuh pasti segala janji ALlah buat mereka yang bertaqwa, berjuang dan ikhlas dalam segala tindakannya.

Mungkin masih banyak amal saya yang korup dan kotor.

Seperti mana setiap Ramadhan tahun2 terdahulu, Ramadhan kali ini saya berazam dengan penuh sungguh2, agar diri saya dapat kembali kepada segala bentuk kebaikan yang pernah saya buat dahulu atau yang telah saya tinggalkan.

Kalau dulu sangat mudah untuk bermunajat sambil nangis2 di malam hari, tapi kini sangat susah nak keluarkan walau setitis air mata.

 My face during the most lonely Ramadhan 1426 in Lorch, Germany.

Moga Allah permudahkan!!

Memori lama, jazbah dan pengorbanan

Aku baru balik dari semesti......entry ini ditulis dengan penuh rasa kesyukuran dan rasa rendah diri sertakehinaan....betapa kehebatan Allah swt itu tiada batasan, betapa kerahiman, kasih sayang dan nikmat dari Allah itu tidak mengenal sesiapa. Agama, amal agama dna hidayah untuk mengamalkan agama adalah nikmat yang paling mulia dan terpenting sekali dalam kehidupan hakiki setiap manusia. Didalam agama dan amal agama itulah terselit usaha untuk menyebarkan kedua-dua perkara tersebut.

Kalau aku dtg SEMESTI, aku tak berapa suka menjenguk asrama apatah lagi masuk ke dalam surau blok C.....tapi tempoh hari aku rasa rindu akan suasana itu....kerana aku terasa bercampur baur antara gembira dan sedih, sebak dan terharu......

Aku selak buku2 mesyuarat dan fikir harian yang lama2...air mata aku terasa nak mengalir......aku tengok depan dan belakang surau blok c tersebut.....aku tengok atas dan bawahnya.....aku tengok diri aku sendiri..............11 tahun berlalu dengan pantas....


Sungguh jauh kehidupan pada masa tersebut dengan masa kini.....terasa jauh dari nusrah dan bantuan Allah swt......dulu berkat pengorbanan yang walaupun sedikit tapi bersungguh-sungguh itu....acapkali doa dipanjatkan pasti aku tidak akan berasa hampa...hajat-hajat duniawi yang dipinta dulu perlahan-lahan dikabulkan....dulu terasa kemanisan dalam setiap amal......dulu jazbah sentiasa tinggi.....

Allahumma dihni.....

Khazanah Blog Lama

Jun semakin hampir dan aku sentiasa mengenang hari2 akhir dalam bulan Jun

setiap tahun minggu akhir dalam bulan jun akan aku terus kenang sampai selamanya

the old memory remain firm....(from rafique´s old blog)
ingat dulu masa kat semesti, aku pernah masam muka dgn nan sebab aku rasa dia kurang ikram aku dan bagi support ( especially dlm hal2 prefect blah blah blah)... lama gak aku rasa camtu... pastu, satu hari lepas solat maghrib kat gym, tinggal aku ngn nan je... nan slow2 datang kat aku... aku pun rasa segan nak jumpa dia masa tu... pastu terus dia salam aku, dan cium tangan aku.... and then kitorang nangis, mintak maaf sama2... and honestly, aku rasa lepas tu our friendship become stronger than ever...



utk bunga2 di luar sana....

damai alam dengan kehadirannya

menerangi semesta dengan cahaya kasih

singkapan wajah penyeri gundah

menjadi idaman sekalian pencinta


jauh akalnya meneroka dunia

menjadi sayap terbang bersama

gagah membelah arus masa

agar segar tanpa kecewa


peribadi laksana intan permata

jika disaluti iman dan taqwa

lengkap zahir juga batinnya

diredhai Rabb sekalian penguasa



sinarilah jalan ini dengan syariat agama

biar berseri tanpa dicemari

moga diredhai Allahu rabbi

kekal abadi dunia ukhrawi

Kenangan lama

Masa aku kena tahan dengan BUndesschutzt kt germany dulu, salah satu reasonnya ialah kwn aku seorang algier dari Colmar ad alink dengan terrorist.

Aku prnah kuar 3 hari di Colmar. Jalan2 di markas St Denis dan ziarah2 di Strasobourg.

Apa khbar Houcham Aroyzou...

Jemaah Fransa ada di Sri GOmbak sekang nie......

Schnappi das kleine Krokodil






Ich bin Schnappi, das kleine Krokodil.
Komm aus Ägypten, das liegt direkt am Nil.
Zuerst das ich in einem Ei,
dann schni-,schna-,schnappte ich mich frei

[Refrain]
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp
Ich bin Schnappi, das kleine Krokodil,
hab scharfe Zähne, und
davon ganz schön viel.
Ich schnapp mir was ich schnappen kann,
ja schnapp zu, weil
ich das so gut kann.

[Refrain]
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp
Schni Schna Schnappi
[ Find more Lyrics at www.mp3lyrics.org/hBp ]
Schnappi Schnappi Schnapp
Ich bin Schnappi, das kleine Krokodil,
ich schnappe gern, das ist
mein Lieblingsspiel.
Ich schleich mich an die Mama ran,
und zeig ihr wie ich schnappen kann

[Refrain]
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp
Ich bin Schnappi, das kleine Krokodil,
und vom Schnappen, da krieg
ich nicht zu viel.
Ich beiß dem Papi kurz ins Bein,
und dann, dann schlaf ich einfach ein.

[Outro]
Schni Schna Schnappi
Schnappi Schnappi Schnapp (schnapp!)
Schni Schna Schnappi (ja!)
Schnappi Schnappi Schnapp (schnapp!)
Schni Schna Schnappi (mhmm!)
Schnappi Schnappi Schnapp (ja!)
Schni Schna Schnappi
Schnappi (hmm) Schnappi Schnapp
Lyrics: Das Kleine Krokodil, Schnappi [end]

Kepala BABI



Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh seorang petugas pro-Mahasiswa yang ditugaskan untuk menjaga poster dan kain rentang kumpulan itu di kawasan tersebut, pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Soalan pertama: Adakah surau ini digunakan utk solat lima waktu?
Jika YA, pergi ke soalan kedua. Jika TIDAK, pergi tepuk dada tanya iman.
Soalan kedua : Mengapakah surau ini tidak diusahakan untuk hidup dengan amalan2 yang baik selama 24 jam? Sekurang2nya pada akhir2 malam kira-kira jam 4.00-5.45 am kena gilirkan orang nak bangun bermunajat dan berqiyamulail untuk kemenangan calon2 Islam, utk ikhwan2 di Palestin, dan sebagainya. Ermm.......mampukah?

Jadi barulah cakap serupa bikin!!!